Isnin, 21 November 2011

Ya Allah Aku Telah Jatuh Cinta...


Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu.
Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu.

Kerana aku mencintaimu, 
maka aku ingin menjagamu

Kerana aku mencintaimu, 
aku tak ingin terlalu dekat denganmu

Kerana aku mencintaimu,
 aku tak ingin menyakitimu

Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak

Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.

Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….

Semua itu kerana aku mencintaimu
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

Lantaran. . . 

Ada kekasih yang membuktikan cintanya 
Dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan 
Yang meluluh lantakkan harga diri
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta

Namun bagiku
Aku mencintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan kerana ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu

Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan kerana ku membencimu
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku
Menjaga kesucianmu dan kesucianku
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku..
 
:: AzuReez ::
"Aku bukanlah siapa-siapa. Aku ada karena waktu, tanpa waktu tiadalah aku. Bersamaku waktu berlalu, bersama waktu jiwaku pun berlalu. Jika suatu hari nanti kau bersinggung bayang, tolong tengok sedikit pada gelapnya malam. Di sana ada aku, satu dari sekian milyar bintang penghuni langit bumi....."
 
Semalam Yang  Berlalu Adalah Kenangan..
Hari Ini Adalah Kenyataan..
Dan Esok Adalah Harapan....

:: Hanya Mampu Berserah::

::Yang Maha Kuasa::

Kata bintang : aku malu pada bulan.Bila mentari hilang dia muncul beri sinaran..

Kata bulan : aku malu pada bintang-bintang.Walau terlalu jauh tetap bersinar beri panduan orang yang sesat di lautan..

Kata manusia : aku malu pada PENCIPTA BULAN dan BINTANG.Walau seberapa banyak cahaya DIA berikan, aku tetap takut..sesat hilang arah tujuan..
 
:: AzuReeZ::

Selasa, 15 November 2011

Beri Kami Kebahgiaan Itu (。◕‿◕。)

✫..•°*””*°•.ƸӜƷ* *..•°*”˜˜”*°•.¸ (。◕‿◕。)

"Ya Allâh, Berikanlah Kebahagiaan Kepada Kami Ketika Kesedihan Mengisi Hari Kami, Ke Manapun Kami Melangkah Engkau Menyertai Kami, Dalam Kehilangan, Kesakitan, Kesepian, & Terluka Kami. Kuatkanlah Kami Dalam Menjalani Hidup
Ini Untuk Menebarkan Cinta & Kasih Sayang Bagi Semua." - Aamiin....

✫..•°*”˜˜”*°•............ƸӜƷ* *..•°*”˜˜”*°•.¸.......... (。◕‿◕。)
 
 

Isnin, 14 November 2011

•✿• Siapa JODOH kte ??? ♥♥

JODOH?? Dia adalah pertanyaan..
kerna dia adalah CINTA..
dia adalh titisan yg lahir dalam setiap titisan..
... dia adalah titipan yg hdup di antara lambung si hawa
bersembunyi di sebalik hati..hidup di dalam jiwa seorang ibu..

demi sebuah pengertian..
hati kte masih lagi bertanya..
" apakah dia si adam yg akan mnjadi imam ku kelak ?? "
" dia kah aku tulang rusuk yg stiap detik menjadi pertanyaan naluri diri?? "
dan dialah aku yg hdup dalam detik yg bbeza..

siapa JODOH kte??
dia..CINTA sejati yg tak pernah kte temui..
Sungguh kte ingin tahu tp tak tahu siapa??
kerna sesungguhnya dia adalah ptanyaan tbesar dalam setiap ptanyaan yg berada dlm angan kte..

siapa JODOH kte?? psoalan itu..
hanya ALLAH SWT Yg Maha Mengetahui.. ♥♥♥

:: teman hati :: 
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Panjangkan JODOH Kami...
Berilah Kami Peluang Untuk Hidup Bahgia Dunia & Akhirat
♥♥♥
:: AzureeZ::