Ahad, 13 November 2011

Doa Memudahkan Segala Urusan....


Ada yang bertanya, "ada sesiapa yg boleh bagi DOA UNTUK MEMULAKAN KERJA?" Saya menganggap doa yang diminta itu satu doa yang patut dibaca ketika hendak memulakan kerja. Alaaah... bacalah 'Bismillah...' yang bermaksud, "Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paling mudah, semoga apa yang hendak dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.

Dalam setiap apa saja yang kita lakukan, eloklah kita mulakanlah dengan bacaan 'Bismillah'. Perlu diingatkan, baca 'Bismillah' bila hendak melakukan pekerjaan yang baik-baik saja.

Menurut satu sumber [kelebihan-baca-bismillah], Ustaz Dato' Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan 'Bismillahi Rahmanir Rahim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. Insya Allah.

Bacaan doa seperti berikut : "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan". Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan